Al-Amanah & Al-Quwwah

Nama diberi Ahmad Mustapha Bin Ab Azais Berasal drpd Kelantan,Bandaraya Islam Belajar di UNISEL,Bestari Jaya.berpindah ke UNISEL SHAH ALAM Jurusan Degree Accounting.Ditaklifkan Bendahari GAMIS 11/12,Presiden Persatuan Pembangunan Insan Unisel Shah Alam 11/12,Mantan Presiden P.A.K.U 1011.Merupakan Mantan Presiden i Rakan 09/10. ("Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berjiwa BESAR dan di belakangnya pengikut-pengikut yang juga berjiwa BESAR")

PEMUDA

Para pemuda adalah tenaga hadapan dan masa depan
kepada perjuangan ini, mereka perlu diisi dengan ilmu, memiliki akidah
perjuangan yang mantap di seluruh peringkat untuk melahirkan
pemuda yang boleh menjadi rajaalut taghyir, yang akan menggerakkan
perubahan dalam negara kita. Kita mahu generasi Pemuda yang
memiliki kualiti dalam aspek amal jama’ei dan Islami, amal siyasi,
kebajikan dan dakwah. Fikrah yang jelas ini, ditambah pula dengan
kekuatan fizikal dan semangat yang berkobar, perlulah digandingkan
dengan kematangan supaya tindakan mereka adalah penuh dengan
hikmah.

Pemuda juga adalah pelapis kepada kesinambungan
perjuangan Islam, kerana itu mereka perlu digandingkan dengan
kepimpinan yang lebih lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.
Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf
kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar.

Peranan Pemuda perlu diperkasakan lagi dengan
kemampuan menangani golongan muda yang menjadi sasaran
serangan pemikiran dan budaya negatif yang bertujuan jahat terhadap
masa depan mereka. Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi
muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya
Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka. Ingatlah, bahawa
golongan muda inilah yang akan menentukan perubahan dalam
amalan demokrasi pilihanraya dan hala tuju negara seterusnya.

Pemuda mestilah mencari jalan dengan memerah pemikiran
mereka untuk meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas di
semua tempat dan ceruk, untuk memberikan kefahaman Islam yang
syumul kepada masyarakat yang ada dalam negara kita ini.

Selain dari itu, peranan Pemuda di peringkat antarabangsa
dan rantau nusantara ini perlulah diperhebatkan, kerana ianya akan
melahirkan generasi pemuda yang lebih matang, berkemampuan,
penuh ketrampilan, sehingga menjadi aset paling berharga untuk
perjuangan kita ini.

"" Bangkitlah Wahai Mahasiswa Ansoorullah ""

Jangan leka dan jangan lena. Masa kita singkat, kerja kita banyak, cabaran kian sukar dan halangan kian rencam. Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah. Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar, munajat dan solat [doa].

Gandingkan tenaga. Lama, baru, ulama', profesional, aktivis, amilin, pimpinan dan seluruh anggota mestilah rapatkan saff dan eratkan ukhuwwah. Kini masa kita berjuang bukan membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada jamaah dan ummah.

Khasnya kepada saff pimpinan yang sedang memikul beban amanah dan tanggungjawab perjuangan. Pedulikan segala fitnah dan tohmahan. Pacu perjuangan ini semampunya dan bertawakkal kepadanya. Cari nilai dari sisi Allah swt bukan nilai di sisi manusia.

Sabar atas segala susah sukar berjuang. Korbankan masa, tenaga, pemikiran malah jika perlu darah dan nyawa demi Islam. Samaada menang atau syahid ..... itulah slogan kita berjuang. Tiada istilah kalah dalam perjuangan.

Jadilah pejuang Ansoorullah untuk terus memimpin Jiil [ generasi ] rabbani. Inilah tugas besar kita menyambung tugasan golongan as saabiquunal awwalin [generasi terdahulu]. Jika mereka gigih dan istiqamah malah mampu tunaikan tugas mereka, kenapa kita hari ini mesti mengemukakan 1001 alasan untuk berdalih. Ayuh bangkit pemudaku.


Akauntan profesional: Pelajar Melayu bertanggapan lapuk

Oleh Marzita Abdullah
SEBAHAGIAN besar pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program perakaunan masih mempunyai tanggapan lapuk untuk menjadi seorang akauntan profesional.

Mereka menyifatkan untuk mendapat pengiktirafan sedemikian adalah terlalu rumit kerana terpaksa melalui kursus dan peperiksaan profesional yang dianggap terlalu sukar untuk lulus.

Justeru menurut Ketua Hal Ehwal Malaysia Persatuan Akauntan-akauntan Bertauliah (ACCA) Nik Roseli Mahmood, sehingga kini jumlah akauntan profesional Melayu yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia hanya 12 peratus sahaja.

``Manakala jumlah graduan Melayu yang berdaftar dengan ACCA sehingga kini hanyalah sembilan peratus,'' katanya.

Ini sekali gus menyukarkan sasaran 65,000 akauntan tempatan menjelang tahun 2020 sedangkan pada masa ini jumlah akauntan yang berdaftar hanyalah 15,000 orang.

Secara umumnya menurut beliau graduan Melayu masih tidak menyedari keistimewaan dan kelebihan menjadi seorang akauntan.

``Hakikatnya dalam setiap syarikat, akauntan adalah orang kedua penting kerana mereka banyak membuat keputusan penting,'' jelasnya.

Antara faktor lain yang menyebabkan graduan Melayu tidak berminat mendapat pengiktarafan sedemikian ialah tiada galakan daripada keluarga.

Selain itu masalah kewangan juga merupakan salah satu faktor menyebabkan mereka tidak berminat mengikuti kursus-kursus profesional itu.

Menurut Nik, daripada jumlah sembilan peratus graduan ACCA kebanyakan mereka mengetahui kelebihan mendapat pengiktirafan tersebut.

``Mereka juga yakin bahawa peperiksaan ACCA tidaklah sukar malah ia sama seperti peperiksaan-peperiksaan di IPT,'' ujar beliau.

Dalam pada itu katanya, kebanyakan pelajar Melayu hanya berminat untuk me-ngikuti kursus profesional itu apabila tamat pengajian tinggi.

``Sedangkan kursus tersebut juga ditawarkan bagi lulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan ini bermakna seseorang itu boleh menjadi akauntan profesional dalam usia yang muda,'' katanya.

Namun hakikat itu hanya disedari oleh sebahagian besar pelajar Cina sahaja.

ACCA yang ditubuhkan di London pada 1904 merupakan pertubuhan antarabangsa yang menyediakan kelayakan perakaunan profesional.

Sukatan pelajaran yang disediakan oleh ACCA diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai asas perakaunan profesional di peringkat antarabangsa.

ACCA beroperasi di 165 negara selain mempunyai seramai 300,000 pelajar dan ahli-ahli berdaftar menjadikannya sebagai pertubuhan perakaunan profesional terbesar di dunia.

Pengiktirafan PBB terhadap ACCA membolehkan ahli-ahlinya mendapat kelayakan yang diiktiraf di seluruh dunia dan membolehkan mereka menikmati `profesional mobility'.

Di negara ini, terdapat 60 kolej yang menyediakan kursus ACCA termasuk Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Untuk mengikuti kursus profesional ACCA, pelajar lulusan SPM perlu lulus Matematik dan Bahasa Inggeris serta mengambil 14 subjek ACCA dalam tempoh tiga tahun.

Graduan diploma perakaunan perlu mengambil 10 subjek dalam tempoh dua tahun setengah manakala graduan perakaunan yang memiliki ijazah pertama perakaunan perlu mengambil enam subjek dalam tempoh 18 bulan.

Namun begitu katanya, taraf seorang akauntan profesional dilihat pada kursus profesional yang diikuti dan bukannya kelulusan taraf pengajian seseorang.

MATA YANG MEMBAWA KE SYURGA

Kerana mata .. maka Allah selamatkanya dari azab neraka .. Allahu Rabbi .. iaitu mata yang menangis kerana takut pada Allah atas sebab banyaknya dosa dan mata yang berjaga malam kerana mempertahankan islam .. Nabi sudah memberi jaminan terhadap 2 jenis mata ini .. kita pulak bagaimana .. ??

KELANTAN FIESTA 2010


"KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.

Jom ke Wacana Zainab Al Ghazali

Ustz Ridhuan Mohamad Nor


Muslimat merupakan sayap penting dalam perjuangan Islam, semenjak zaman Nabi SAW silih berganti, bahu membahu bersama muslimin dalam membentengi agama Allah SWT.

Fasa awal dakwah, Sumaiyyah bersimbah darah di zaman makiyyah, ummu Nusaibah Binti Kaab menjadikan dirinya sebagai perisai kepada Nabi dalam pertembungan di medan Uhud, membenarkan bai’ahnya di Aqobah (ii).

Madinah pula menyaksikan kehebatan, Khaulah yang menjadi sumbu api semangat terhadap anak-anak lelakinya untuk menggapai piala syahid dijalan Allah.

Aisyah, ummu mukminin gigih melakukan pencerahan kepada sahabat dan sahabiah terutama selepas kewafatan Nabi SAW.

Di belakang tokoh besar sahabat adalah srikandi yang sentiasa merangsang api semangat dan mengalirkan energi perjuangan.

Di zaman moden ini, langit sejarah telah merakamkan seorang muslimat pejuang berdepan dengan kezaliman pemerintah.

Mendekam di penjara militer dengan seribu satu penyiksaan dan penistaan, namun beliau tabah mengharungi mehnah.

Zainab al Ghazali, disebalik jeriji penjara adalah mercutanda sebuah catatan kanvas perjuangan, meruntuhkan gunung kezaliman yang menyelimuti ummah yang sedang terlena.

Saat Mesir menjadi sasaran Barat untuk diruntuhkan benteng akidah dan pi ncang akhlak, Allah menghantar tentera fikrah seperti Zainab al Ghazali untuk menjulang izzah, menggodam samudera kegelapan yang memayungi langit Mesir dan seluruh peta ummat Islam.

Kehebatan Zainab mencabar jahiliah moden terpaksa dibayar dengan harga yang mahal, Gamal Abdul Naseer tidak mengenal ampun samada muslimin atau muslimat yang lahiriahnya santun.

Zainab, Sayyid Qutb, Hameedah Qutb, Sheikh Abdul Kader Audah, Sheikh Fattah Ismail adalah sebaris tokoh yang disumbat ke penjara militer dan dibicarakan di mahkamah ‘kangaroo’, ribuan ‘hero tak didendang’ iaitu anggota Ikhwanul Muslimin diserkap dalam penjara dan mengalami penindasan yang tidak terperi sakitnya.

Lukisan hodoh kezaliman dengan rumbu-rumbu hitam menyesakkan relung dada, Zainab adalah contoh di zaman kontemporari bagaimana kezaliman tidak akan berhenti untuk menghalang para pejuang manakala para pejuang tidak akan pernah lelah untuk bangkit melawan.
Zainab al Ghazali, akan mengingatkan kita akan jalan panjang perjuangan, bahawa medan ini akan ditabur dengan duri dan seribu kejerihan yang menghambat. Pengkisahan kisah Zainab akan mengingatkan kita bahawa tidak pantas untuk kita pejuang untuk mempunyai penyakit ‘hubbu riasah’( kecintaan kepada kedudukan), sibuk dengan agenda menebar pesona dan sibuk untuk memposisikan diri supaya dipandang oleh manusia lain.

Kita yang ingin merengkuh kasih sayang Allah tidak akan melacurkan perjuangan untuk meletakkan diri kita setaraf dengan perjungan ‘women –lib’, kononnya untuk menuntut hak. Jangan kita meninggalkan manhaj Islam untuk menjadi kelihatan liberal kononnya untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan dan juga tuntutan politik massa di era pemuafakatan politik yang menjanjikan sesuatu.

Ikhwanul Muslimin dan Zainab al Ghazali menjadi cerminan kepada kita dalam menjaga ketulenan manhaj perjuangan. Mungkin cabaran kepada kita di Malaysia lebih kompleks akibat kejayaan kita berada di serambi kuasa, namun ujian kuasa inilah menuntut kepada program amal tarbawi yang semakin serius.

Muslimat terutamanya akan diseret jauh kedalam untuk menghayati kisah hidup muslimat ‘bertulang besi, berurat dawai’ ini, sesepuh pejuang Ikhwanul Muslimin, sebuah gerakan fenomenal abad 20.

Datanglah, kita membedah sejarah ibu berhati emas ini bagi mengambil pengajaran dalam menapaki jalan juang yang jauh ini.

Jom, teman-teman muslimin dan muslimat sekelian , kita menghadirkan diri ke program wacana Zainab al ghazali pada 19 Jun ini , bertempat di Dewan Seminar Masjid al Azim Pandan Indah Selangor.

Antara pembentang wacana ini ialah Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (DPPP), Ustaz Dr Zulkarnaen Hassan(DUPP), ustaz Riduan Nor .

Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Dianjurkan bersama oleh Dewan Muslimat PAS Selangor dan DMP Pandan serta Masjid al azim. Hubungi Puan Lin:0133539440, Nik,0193238455 untuk maklumat lanjut.

Surat Untuk Mujahid





HEART & SOUL

Bismillahirrahmanirrahim....................

Alhamdulillah,hidupkanlah diri kita dengan nikmat iman dan nikmat islam...
Ingin saya berkongsi kepada semua sahabat iaitu

Khusyu' Dalam Solat....yang mana merupakan makanan rohani kita.......
cuba kita fikirkan .... kalau kita tgk setiap kejadian yang dicipta oleh Allah S.W.T semuanya memerlukan makanan apatah lagi kita sebagai manusia.....tumbuhan memerlukan air dan baja utk hidup ,haiwan dan semua hidupan allah s.w.t.

berbalik kpd makanan rohani.....kereta memerlukan servis utk menjaga maintenancenya....begitu juga manusia......yang mana memerlukan servis rohani bg menjaga hati kita...bagaimana?

Iaitu Khusyu' dalam Solat.saya terdengar tazkirah pg yang disampaikan oleh seorg ustz dalam radio ikim yang mengatakan
khusyu' itu....
iaitu menggagumi kehebatan allah s.w.t yang maha mencipta,maha kuasa dan maha penyayang apbla hendak Solat.
merasakan diri kita khauf (takut kpd allah s.w.t) apbla kita berhadapan dengan Allah
s.w.t
mengharapkan (Raja') keridhaan Allah s.w.t.iaitu kita mengharapkan keridhaan Allah
s.w.t sahaja.
Malu akan kederhakaan /kesilapan yang telah kita lakukan kepada Allah s.w.t yang telah menciptakan kita.

Cba fikirkan ?

Mengapakah kebelakangan ini dalam televisyen kita selalu terdengar tentang bunuh diri,merogol,buang bayi dan sebagainya?

ini adalah kerana kita tak servis hati kita ,ingatlah "Tanpa Allah,Kita akan hilang segala-galanya".

Wahai sahabat,

"Apabila kita akrab dengan Allah s.w.t,tidak akan ada yang akan memusuhi kita,apabila kita melakukan gerak kerja kita tidak akan rasa gentar,takut kpd musuh kita.setiap perancangan yang kita, akan diatur oleh Allah s.w.t."


Untuk baiki dunia,Perlulah kita baiki manusia
Untuk baiki manusia,Perlulah kita baiki hati
Untuk baiki hati,Perlulah kita baiki solat



Petikan Pembukaan Perasmian Muktamar Pas TGNA


Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah satu pilihan, tetapi ia merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua. Ini kerana setiap perkara yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai tugasnya masing-masing. Makhluk seperti binatang mempunyai tugasnya. Kayu dan batu yang tidak bernyawa juga mempunyai tugasnya iaitu kesemuanya diciptakan oleh Allah SWT untuk kegunaan manusia sebagaimana yang disebut di dalam firmanNya:

Yang bermaksud: ”Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu”. (Al-Baqarah: 29)

Jika semua perkara di dunia ini diciptakan untuk kegunaan manusia, maka untuk apakah pula manusia itu sendiri diciptakan? Adalah janggal jika dikatakan manusia yang merupakan makhluk yang paling sempurna tidak mempunyai tugasnya yang tersendiri.

Justeru, Islam hadir dengan satu jawapan bahawa tugas manusia ialah mengabdikan diri kepada tuhan yang menciptakan alam ini iaitu Allah SWT. Jawapan ini jelas disebut oleh Allah SWT di dalam ayat yang berbunyi: Yang bermaksud : Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supayamereka mengabdi kepada-Ku. (Az-Zaariat: 56)

Pengabdian kepada Allah SWT haruslah dengan cara yang Allah sendiri tentukan. Ia tidak boleh dibuat dengan hasil kreativiti manusia itu sendiri. Manusia boleh berinovasi tetapi tidak di dalam urusan pengabdian kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, diutuskan para nabi alaihimussolatuwassalam untuk mengajar manusia bagaimana mahu mengabdikan diri kepada Allah agar tidak tersesat jalan dalam kehidupan ini. Hidup mengikut Islam adalah dua kali ; 1. Hidup untuk beribadah sepenuh masa iaitu hidup sekarang (duniawi). 2 Hidup selepas mati (kiamat) yang disebut dengan lebih daripada 40 nama termasuklah nama yaumiddin yang wajib diulang setiap kali muslim bersembahyang.

Inilah yang disebut sebagai dakwah. Para nabi datang bukan dengan tujuan mahu mengajar manusia bagaimana membina tamadun dan melakukan pembangunan fizikal, tetapi lebih jauh dari itu ialah dengan misi untuk menyelamatkan manusia dari terjun ke dalam api neraka di akhirat kelak.

10 Elemen Utama yang Menunjangi Manhaj Tarbiyah , Dakwah dan Siasah [politic] Baginda Rasul saw . :

o Menanam Aqidah

o Menyelamatkan Maruah

o Membina Ukhuwwah

o Menyatupadukan Ummah

o Membenteras Kezaliman

o Mendirikan Institusi Masjid

o Membina Penguasaan Ekonomi Serantau

o Mewujudkan Jaring Hubungan Antarabangsa

o Mengasaskan Kaedah dan Garis Pandu Mendepani Musuh

10 Kriteria Pemuda Ansoorullah

Pertama : Pemuda yang siap siaga untuk menyahut seruan perjuangan tanpa sebarang rasa ragu bagi menegakkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Ikrar mereka ialah ikrar seorang pejuang :

Samaada menang atau gugur sebagai syuhada’

Kedua : Pemuda yang menjunjung segala peraturan dan arahan jamaah serta berdiri teguh bersama kepimpinannya, tidak gentar mendepani cabaran malah bersedia menghadapi apa jua implikasi perjuangan , biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan diri sendiri iaitu masa , tenaga, harta , darah dan nyawa . Sebagaimana taujihat Khalid Ibnul Walid rha ketika berdepan dengan tentera musuh:

Kami datang dengan suatu golongan yang kasih kepada mati sebagaimana kamu kasih kepada hidup .

Ketiga : Pemuda yang memiliki kualiti dan tahap piawaian yang dikehendaki melalui pelbagai aktiviti yang disusun dan diatur merangkumi amal tarbawi [pengkaderan] , amal siasi [politik] serta amal kebajikan dan dakwah [penerangan] .


Keempat : Pemuda yang mewarisi kemuliaan akhlak Rasulullah saw dalam mengurus perjuangan mendepani tahaddiyat [ tentangan ] yang dihadapkan oleh musuh kepada kita . Bukan pemuda yang kasar dan ganas , bukan juga pemuda yang ekstrim dan subversif sebaliknya menjadi ....

o Pemuda yang beriman dan bertaqwa

o Pemuda yang berilmu dan berwibawa

o Pemuda yang berorientasikan syariah dan sunnah

o Pemuda yang berhemah dan berhikmah

o Pemuda yang berjiwa besar dan berlapang dada

o Pemuda yang tangkas dan berani

o Pemuda yang cerdas dan cergas

o Pemuda yang sabar dan tabah

o Pemuda yang amanah dan setia

o Pemuda yang rajin dan multazim [ komited ]

Biarpun masyarakat dan dunia modern hari ini memandang sinis penampilan pemuda yang sedemikian , justeru Nabi saw pernah bersabda:

Islam telah bermula dalam keadaan gharib [ asing ] , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bemula , maka berbahagialah orang – orang yang tetap bersama Islam walaupun dianggap asing .

Kelima : Pemuda yang memiliki aqidah perjuangan yang mantap sekalipun ia adalah seorang pemain futsal yang tegar , memiliki pemikiran Islam yang syumul sekalipun ia seorang seniman dan memiliki keperibadian muslim yang unggul sekalipun ia seorang pelumba motor.

Keenam : Pemuda yang bersedia untuk menjadi Rijaalut Taghyiir [ egent perubah ] yang menggerakkan perubahan dalam negara , masyarakat dan sistem pemerintahannya . Membebaskan negara dan masyarakat dari sistem ciptaan manusia yang korup . Negara dan masyarakat yang hanya mementingkan pembangunan material tetapi meruntuhkan spiritual . Negara dan masyarakat yang hanya mengamalkan semangat perkauman yang sempit dan membina tamaddun serta peradaban terpisah dari wahyu Allah swt.

Ketujuh : Pemuda yang aktif menyertai aktiviti amal Islami , kebajikan dan sosial . Menghubungkan jamaah dengan ummah , menjadi jambatan antara parti dengan masyarakat sekaligus menjuarai isu serta menanganinya dengan bijak dan bistari . Memimpin dan membimbing masyarakat secara hikmah berasaskan hujjah , mengambil tempat seorang pemimpin yang disebut oleh Saidina Ali karramallahuwajhah :

Tidak akan sunyi bumi ini dari seorang pemimpin yang bangun berdiri untuk menegakkan agama Allah swt dengan segala hujjahnya.

Kelapan : Pemuda yang tidak membazirkan masa dan tenaganya untuk bertelagah dan saling tuding menuding mencari salah antara satu sama lain sedang tanggungjawab perjuangan ini terlalu banyak dan berat untuk diurus. Rapatkan saff dan eratkan ukhuwwah untuk membina ketumbukan pemuda yang mantap dan perkasa . Firman Allah swt :

Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan ; kalau tidak nescaya kamu binasa dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.

Surah Al Anfaal : Ayat 46

Kesembilan : Pemuda yang senantiasa peka dan sensitif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah . Berfikir dan merancang untuk memperkukuhkan jamaah agar senantiasa berkeupayaan menampung tuntutan ummah yang semakin mendesak. Janganlah hanya berpeluk tubuh dan berfikiran kosong sedang amanah pula semakin berat dan mencabar. Sekadar selesa dan teruja memegang jawatan tetapi mengabaikan tanggungjawab yang digalas merupakan satu pengkhianatan yang dimurkai Allah swt. Sabda Rasulullah saw:

Kamu semua adalah pemimpin dan setiap dari kalangan kamu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah swt mengenai kepimpinannya

Kesepuluh : Pemuda yang berlapang dada , merendah diri dan berjiwa besar . Sedia memberi arahan dan diarah . Sedia memimpin dan dipimpin. Sedia menegur dan ditegur . Sedia mengkritik dan dikritik . Sedia menasihati dan dinasihati . Sedia mentarbiyyah dan ditarbiyyah . Cepat pula belajar dari kesilapan dan pantas mengambil iktibar dari kesalahan . Sedia mendengar pandangan dari siapa jua dan menelitinya lalu mengambil yang terbaik . Firman Allah swt :

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna.

Surah Az Zumar : Ayat 18

Murnikan Perjuangan Kita dengan Ruh Islam

PESANAN Imam Ghazali:

>>Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).


> > Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


> > Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi


> > Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



> > IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah


> > Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

> > Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

> > Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


> > Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

> > Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri




DEMO BANTAH SERANGAN KE ATAS KONVOI VIVA PALESTIN
ANJURAN : DPP WP
& DPP PUSAT
TARIKH : 4 JUN 2010
TEMPAT : KEDUTAAN AMERIKA
(BERKUMPUL DI MASJID TABUNG HAJI)
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT
MARILAH
PARA IKHWAN!!!HADIR BERSAMA NYATAKAN SOKONGAN ANTUM KPD RAKYAT PALESTIN
DI GAZA!!

Kalendar

About Me

My photo
Merupakan anak ke 7 drpd 11 orang adik beradik. "jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti". (Anfal:65)


Kata-Kata Hikmat


"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz.


"ALANG-ALANG BERJUANG ISLAM,BIAR SAMPAI KEMENANGAN ISLAM"


"KALU NAK JADI BERANI,KENO PEHE UNDANG2"


GAMIS

GAMIS

PUM

Pro Mahasiswa

Pro Mahasiswa

GMMA

GMMA

PMN

PMN

REAL

REAL

:: Tazkirah bersama Da'ie ::


"Golongan MUDA kaya dengan speed,
Golongan TUA kaya dengan pengalaman,
Maka kedua-duanya perlu bersatu untuk menghasilkan gerakan yang MAJU dan LAJU..."

5 Dugaan Orang Mukmin


1) Mu'min yang dengki padanya
2) Munafiq yang benci padanya
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya


Mujahid di tengah medan bagai singa mengganas,

Muhajir di dalam diri bagai seorang anak merintih sayu,
Mujaddid di tengah umat bagai pakar mengatur rencana,
Muttaqin menghadap Ilahi bagai hamba mendapat syurga.
Inilah jalan menuju bahagia.
3 AMALAN YANG MENGHAPUS DOSA:

1.Menyempurnakan wuduk

2. Memeperbanyakkan langkah ke masjid.
3. Menunggu waktu solat