Al-Amanah & Al-Quwwah

Nama diberi Ahmad Mustapha Bin Ab Azais Berasal drpd Kelantan,Bandaraya Islam Belajar di UNISEL,Bestari Jaya.berpindah ke UNISEL SHAH ALAM Jurusan Degree Accounting.Ditaklifkan Bendahari GAMIS 11/12,Presiden Persatuan Pembangunan Insan Unisel Shah Alam 11/12,Mantan Presiden P.A.K.U 1011.Merupakan Mantan Presiden i Rakan 09/10. ("Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berjiwa BESAR dan di belakangnya pengikut-pengikut yang juga berjiwa BESAR")

TIGA DALIL PEMIMPIN MENGKHIANATI NEGARA

Dr Azman Ibrahim

Tiga isu besar yang menjadi dalil tindak-tanduk pemimpin negara diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkhianati negara.

1. Pemberian lesen judi bola sepak kepada Berjaya Group milik tauke judi, Tan Sri Vincent Tan melalui Syarikat Ascot Sport.

2. Penyerahan tanah milik KTM Berhad di Singapura.

3. Penyerahan 2 blok petroleum, Blok L dan Blok M kepada Brunei.

Judi

Terdapat riak-riak perkembangan di akhir ini kecenderungan kerajaan BN untuk membatalkan pemberian lesen judi bola sepak ekoran bantahan hebat rakyat termasuk bekas PM Pak Lah. Memang dalam sebuah negara demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat. Muhyiddin pun kata kerajaan sedia dengar suara rakyat dalam isu lesen judi. Tapi, maaf! Saya tak setuju. Tak perlu dengar suara rakyat dalam isu pemberian lesen judi! Tak perlu dengar suara rakyat dalam menentukan halal haram perkara yang telah ditentukan oleh Allah. Kalau kerajaan mengambil keputusan membatalkan pemberian lesen judi bola sepak, kita berharap ia dibuat bukan kerana suara rakyat dan kerana takutkan kehilangan sokongan rakyat, tetapi kerana ia adalah perintah Allah.

Tanah KTMB

Di samping tanah yang menjadi lokasi Stesen Utama KTMB di Singapura yang terletak di Tanjung Pagar, KTMB juga mempunyai tanah yang terletak di Kranji, Woodlands dan Bukit Timah dengan keluasan kesemuanya 271 hektar. Lokasi kesemua tanah ini terletak di Daerah Perniagaan Pusat Sheyton Bay yang jika dibangunkan mampu memberi pulangan berbillion dollar Singapura. Singapura tidak boleh berbuat apa-apa selagi tanah ini kekal menjadi milik KTMB dan digunakan untuk perkhidmatan tren.

Lantaran itu stesen KTMB perlu berpindah dari Tanjung Pagar ke Woodlands. Apabila projek LRT daripada Tanjong Puteri di Johor Bharu ke Woodlands siap dibina, Stesen KTMB di Woodlands hendaklah dipindahkan ke Johor Bharu. Dengan ini berakhirlah riwayat KTMB di Singapura. Tanah KTMB di Singapura bukanlah milik kerajaan secara mutlak tetapi ia adalah milik rakyat dan negara. Benar Khazanah Nasional diberikan saham 60% dan Temasik Holding 40% dalam soal pembangunan tanah, tetapi kenapa perlu serah ekuiti sehingga 40% sedangkan kita adalah tuan tanah.

Akhirnya, manfaat yang lebih besar akan diperolehi oleh Temasek (Singapura). Benar juga Malaysia diberikan tanah ganti yang kononnya sama nilainya dengan tanah KTMB yang hilang, tetapi tanah ganti tersebut terletak di Marina South dan Ophir Rochor, sebuah kawasan perjudian di Singapura. Seolah-olah Singapura menyedari akan minat pemimpin negara kita kepada judi. Apakah kita seperti Pak Kadok, ‘menang sorak kampung tergadai’.

Blok Minyak

Penyerahan 2 blok L dan M kepada Brunei sebagai ganti Brunei menggugurkan tuntutan ke atas wilayah Limbang di Sarawak menyebabkan kita kehilangan kawasan telaga minyak yang sangat bernilai. Mengikut Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya, ekoran dari penyerahan ini, Malaysia kerugian kira-kira RM320 bilion.

Tidak kira betapa berkuasanya seorang Perdana Menteri, Artikel 1 dan 2 perlembagaan Persekutuan, tidak membenarkan seseorang Perdana Menteri menyerahkan wilayah Malaysia kepada negara lain sama ada daratan atau lautan. Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan, hanya melalui rang undang-undang yang dibentangkan dan diluluskan di Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah.

Rakyat ingin mengetahui apa hujah dan alasan dalam pengambilan semua keputusan ini. Siapakah yang terlibat dengan rundingan? Apakah pembuat keputusan ada kepentingan? Atau keputusan ini mendapat khidmat perunding APCO?

Dr Azman Ibrahim,

Setiu, Terengganu.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

JUDI PANDANGAN AGAMA DUNIA

Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.

Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.

Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.

Allah ta'ala telah berfirman yang mafhumnya: "Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". Al-Maidah, 90-91. Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi).

Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; " membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi".

Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur 'Ratapan si Penjudi' (Gambler's Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.

Dalam kitab Budha, 'Tipitaka' juga ada menceritakan enam perkara bahaya akibat judi: Pertama bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)' .

Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan 'mahjung' atas dasar untung nasib atau 'ong'. Namun Budha memberi amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian.
Apa yang berlaku, aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 " Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari".

Dalam Hebrew 13:5 pula mengatakan " Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ' Aku tidak akan tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)'. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi 'Bingo' sebagai akiviti rekreasi yang popular di kalangan warga pesara di negara barat.

Namun begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar 'melampau'. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya 'seorang dalam sejuta sahaja' yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.

Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat.

Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan.

Judi secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa apabila mereka kalah judi. Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata penghuninya adalah hartawan dan selebriti.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.

Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan.

Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.

Sumber diperolehi daripada MALAYSIAKINI.COM

KENDURI PERKAHWINAN DAN LIQA'

Tangga 27/05/2010 – 28/05/2010..........satu kenduri perkahwinan & perjumpaan dengan sahabt dr EX-KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) .Alhamdulillah,pelbagai idea dan pertukaran pendapat yang dapat dalam Liqa’ nie.(tak sabar nak berkongsi pemikiran ngan shbt di UNISEL).........................................Tunggu daku wahai UNISEL
Hebat2 belako batch kito nieh.....hahhahahahha............maklumlah...semuanya pimpinan skrg nieh........dengan gelagatnya yang lamo tak jumpa.... sehinggalah ke satu tahap ....banyak duk bersembang ttg baitul muslim hhehehheheh.................tak sabar belako doh sahabt kito nieh deh..................Tahniah kepada Zul Amirul Izwan Bin Mat derasih dan Zaujahnya....kerana telah berkahwin............dan pada 28/05/2010 .Jam 10 malam,shbt muslimin perg dgr ceramah plok ....samping tuh pergi makan malam plak tuh..........sehinggalah pada pg keesokan hari...semuanya telah blik ke kampus masing2 utk meneruskan perjuangan yng masih belum selesai di kampus masing2.................selamat berjuang wahai sahabatku.......UKHuwwah Fillah

Abadan ABada..


......................................................G6 SELAMANYA DEKAT DIHATI..............................................



AL-FATIHAH KEPADA ARWAH NOR SHAHIDA BINTI AHAMAD

Assalamualaikum..........kepada semua ahli PAKU (Persatuan Anak-anak Kelantan Unisel) dan rakan-rakan yg lain.Marilah kita semua membaca surah Al-Fatihah kpd Jenazah Saudari Nor Shahida Bt Che Ahamad yg telah selamat dikebumikan pada 22/05/2010 (Sabtu) ,dirumah arwah bertempat To’Uban ,Pasir mas,Kelantan.....

Alhamdulillah...pada 26/05/2010 (Khamis).Kami wakil daripda persatuan anak Kelantan unisel,telah bersama-sama ke rumah arwah di To’Uban telah menziarahi keluarga arwah.Antara yg pergi kesana adalah saya ,shafiq,era,fiza,kowi,wahyu ,omar (wakil MPP Unisel),serta rakan –rakan lain.Takziah kepada keluarga arwah Nor Shahida diatas kematian arwah......”Setiap yang hidup pasti akan mati”..Kami berharap keluarga arwah tabah menghadapi takdir Allah s.w.t.Kami difahamkan Nor Shahida meninggal dunia disebabkan oleh penyakit Kanser Limform .Arwah merupakan siswi dari kos Pra Sekolah dan merupakan pelajar tahun akhir bg semester ini..............



JUDI

Pertaruhan dan perjudian adalah perbuatan yang amat jelas pengharamannya di dalam Islam. Ia sabit dengan nas yang qat’ie dari al-Quran di mana sesiapa mengingkarinya ia akan terkeluar dari Islam. Firman Allah (yang bermaksud);

“Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (al-Maidah; 90)

Perhatikan betapa tegasnya Allah terhadap perbuatan-perbuatan yang disenaraikan di dalam ayat di atas, salah satunya judi. Pertama, Allah menganggap ia adalah kotor (keji). Kedua, ia diistiharkan sebagai kerja/amalan Syaitan. Ketiga, Allah memerintahkan supaya ia dijauhi dan perintah menunjukkan kepada kewajipan. Keempat, Allah mengaitkannya dengan kejayaan, yakni orang yang menjauhi maksiat-maksiat di atas mereka akan berjaya. Menunjukkan bahawa orang yang terlibat dengan maksiat-maksiat di atas, hidup mereka –di dunia dan di akhirat- pasti akan berakhir dengan kegagalan dan penyesalan.

Oleh demikian, nasihatilah kawan-kawan saudara itu dengan membaca ayat di atas kepada mereka. Jika saudara tidak mampu menyampaikan nasihat dengan lisan, saudara boleh melakukannya melalui tulisan. Saudara tuliskan ayat tersebut berserta terjemahannya di atas satu kertas dan hadiahkan kepada kawan-kawan saudara itu. Insya Allah, jika masih ada iman di dalam hati mereka, pasti mereka akan terkesan dengan ayat tersebut dan meninggalkan perjudian/pertaruhan yang jelas dilarang oleh Allah itu. Selain itu, peringatkan juga kepada mereka bahawa orang yang berbangga-bangga serta menunjuk-nunjuk maksiat yang ia lakukan kepada Allah, orang itu sukar mendapat kemaafan dari Allah. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.; “Setiap umat ku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang menunjuk-nunjuk (maksiatnya)” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Wallahu a’lam.

BAWALAH POLITIK KE MASJID


Nasrudin Hassan at-Tantawi
Bagaimana Mendirikan Siasah [berpolitik] di Masjid.

Sebagai “ Rumah Allah ” , masjid merupakan institusi terpenting dalam pembinaan ummah yang bertamaddun. Malah penubuhan Negara Islam oleh Baginda saw. di Madinah al Munawwarah menyaksikan bagaimana masjid dinobat sebagai mercu peradaban dan kedaulatan yang dibina.

Pembinaan masjid di Quba’ , Wadi Ranuna’ [1] dan di Yathrib ( Madinatun Nabi ) menjadi batu asas pembinaan tamaddun Islam unggul berpaksikan kedaulatan syariat dan ummah yang bermartabat.

Ianya ( masjid ) tidak dibina semata – mata untuk mendirikan solat , tetapi juga sebagai nokhtah mula keagungan ummat. Dari situlah nabi saw. menggerakkan jentera kerajaan dan mengatur strategi membangunkan ummah .


Masjid : Iktibar dari Seerah an Nabawiyyah

Syeikh Dr. Musthafa as Sibae’i menyebut di dalam kitabnya as Seeratun Nabawiyyah : Durus wa I’bar :

“ Memang tidak dapat disangkal lagi , bahawa masjid membawa risalah kemasyarakatan dan kerohanian yang agung nilainya terhadap kehidupan ummat Islam . Masjid lah yang menyatukan saf – saf ummat Islam , menyucikan jiwa mereka , menghidupkan hati dan aqal mereka , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka dan akhirnya menampilkan kekuatan jua hubungan erat mereka .

Sesungguhnya telah terbukti bahawa sejarah masjid di dalam Islam , menjadi markaz bagi tentera Islam berangkat ke medan untuk menakluki muka bumi dengan hidayah Allah swt .

Dari masjid jua terpancarnya sinaran cahaya dan hidayah buat ummat Islam dan lainnya malah masjidlah juga berkembangnya peradaban Islam . Bukan kah Abu Bakar , Umar , Uthman , A’li , Khalid , Saad , Abu U’baidah dan tokoh – tokoh seumpama mereka yang terdiri daripada pemimpin – pemimpin agung dalam sejarah Islami merupakan anak -anak murid di Madrasah al Muhammadiyyah yang berpusat di Masjid an Nabawi .

Antara keistemewaan yang lain , masjid pada setiap minggu berkumandang kalimah al haq menerusi seruan khatib yang menentang kemungkaran , memperjuangkan syariat , menyeru kearah kebaikan , menginsafkan mereka yang lalai , menyeru kearah kesatuan, membasmi kezaliman dan memerangi perbuatan yang melampaui batas .

Sesungguhnya kita telah menyaksikan bagaimana dulunya masjid – masjid menjadi markaz – markaz yang menyemarakkan gerakan anak watan menentang penjajah Perancis . Berpangkalan di masjidlah , tokoh – tokoh jihad menetang penjajah dan menentang zionisme .

Apabila kita menyaksikan kepincangan masjid hari ini dari fungsi dan peranannya yang hebat , maka tiada lain melainkan kesalahan sebahagian khatib yang terdiri daripada khatib yang hanya bertugas memburu elaun atau jahil lagi leka .

Alangkah beruntungnya , jika dalam keadaan seperti ini , lahir segolongan pendakwah yang tegas membawa kebenaran , bangkitnya ulama yang memperjuangkan syariat Allah . Mereka ikhlas kerana Allah dan Rasulnya saw. , mereka menasihati pemimpin dan ummat Islam seluruhnya .

Mengembalikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat , mendidik tokoh – tokoh dan melahirkan pejuang – pejuang , mengislahkan kefasadan , memerangi mungkar dan membentuk masyarakat berasaskan taqwa dan redha Allah swt.”

Rujuk : Seerah an Nabawiyyah : Durus wa I’bar
Oleh Dr. Musthafa Sibae’I . Muka surat 74 – 75
Cetakan ke 9 oleh al maktab al islami ( 1986 ) Dimasyq



Masjid Terbelenggu.

Realiti hari ini bertambah parah apabila melihat nasib masjid dan pengurusannya yang kian terabai . Lebih malang apabila wujudnya fenomena terancang untuk membelenggu masjid agar ia tidak berfungsi sebagai markaazul ummah .

Siapa lagi yang lebih bejad daripada mereka yang menghalang rumah Allah ( masjid ) agar tidak diimarahkan dengan ilmu dan zikrullah . Lebih parah apabila mereka “ sampai hati ” meruntuhkan rumah Allah yang pastinya dibina di atas tanah waqaf milik Allah swt. Firman Allah swt :

و من أظام ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه و سعى في خرابها أولئك من كان لهم أن يدخلوها إلا خآئفين لهم في الدنيا خزي و لهم في الأخرة عذاب عظيم

“ Siapa lagi yang terlebih zalim daripada orang yang menghalang masjid – masjid Allah bahawa disebut didalamnya namaNya dan berusaha merobohkannya ? Mereka tidak layak memasukinya kecuali dengan rasa takut ( kepada Allah ) . Bagi mereka kehinaan di dunia dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat di akhirat .”

Surah al Baqarah . Ayat : 114

Terlalu banyak masjid dalam Negara kita hari ini hanya dijadikan tempat solat dan lebih melucukan bagaimana terdapat masjid yang hanya berfungsi sebagai tempat kunjungan pelancung selain daripada solat berjamaah yang sangat kecil kuantitinya berbanding saiz masjid tersebut.

Keghairahan mendirikan masjid yang tidak seimbang dengan keghairahan mengurus dan mengimarahkannya meletakkan situasi ini sebagaimana yang pernah dibimbangi oleh Rasulullah saw. dalam hadis baginda yang diriwayatkan dari Saidina Ali Karramallahuwajhah :

يُوشِكُ أنْ يأتيَ علَى النَّاسِ زَمانٌ لاَ يَبْقَى مِنَ اْلإسلامِ إلاَّ اسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ اْلقُرْآنِ إلاَّ رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِيَ خَرَابٌ مِنَ اْلهُدَى عُلَمَاؤهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ اْلفِتْنَةُ وَفِيْهِمْ تَعُوْدُ

رواه البيهقي

Sudah hampir suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada al Quran itu kecuali hanya tulisannya . Masjid – masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah . Ulama’ mereka adalah sejahat – jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit . Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali .

Rujuk Kanzuul U’mal
M/surat 80, Juzuk 11
Cetakan Darul Kutub al I’lmiyyah Beirut


Pengalaman saya dikepung oleh polis yang lengkap bersama anjing , menyerbu masuk ke kawasan laman Masjid Peramu Kuantan sementara waktu itu saya sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul saw , cukup menggambarkan bagaimana masjid dibelenggu .

Perlantikan ahli jawatan kuasa masjid dikalangan mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke masjid semata – mata tidak mahu masjid itu diimarahkan dengan majlis ilmu antara bukti bahawa pembelengguan masjid sangat ketara .

Menghantar SB [2] untuk memantau aktiviti masjid atau surau bukan sahaja menakut – nakutkan masyarakat untuk menghidupkan aktiviti masjid dan surau tetapi juga bermaksud untuk memberi tekanan kepada penceramah dan guru agama yang mengajar agar tidak menyentuh soal penyelewengan dan mungkar yang berlaku dalam Negara.

Sedang kelab – kelab malam dan pusat – pusat hiburan yang menjadi tempat subur untuk bercambahnya maksiat dan jenayah tidak dilayan sedemikian rupa .

Pekeliling yang pernah dihantar kepada surau dan masjid di Lembang Klang agar tidak mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan juga mempunyai maksud yang sama untuk mengekalkan pembelengguan tersebut.

Arahan agar khatib hanya dibenarkan membaca teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama meskipun khatib tersebut seorang yang diiktiraf ilmunya oleh universiti yang mu’taraf turut dilihat sebagai usaha menyempitkan fungsi surau dan masjid.

Sudahlah ruang dan peluang untuk bercakap Islam amat terhad , tiba – tiba masjid dan surau yang dianggap ruang yang paling kondusif untuk berbicara perkara agama turut dikekang , maka dimana lagi Islam ini boleh dijelaskan secara bebas dalam Negara ini ?

Pengurusan Masjid.

Selayaknya masjid diurus selia secara professional dan jujur bagi meletakkannya sebagai institusi penting dan suci dalam masyarakat .

Sangat malang apabila masjid bagaikan bangunan usang yang terbiar tanpa dipedulikan penyelenggaraannya sebagai sebuah tempat ibadah. Masing – masing melepaskan tanggungjawab kepada pihak yang lain dan akhirnya semua berlepas harap .

Sesetengahnya sangat berbangga dengan jumlah kutipan derma mingguan yang meningkat saban minggu dan dipaparkan di papan putih masjid berkenaan , sedang masjid tersebut sangat tidak terurus dengan sistem pengaliran air di kolam wudhu’ , kebersihan tandas yang sangat rendah dan menyedihkan , sistem pembesar suara yang uzur serta lemah dan pelbagai kelemahan yang ketara .

Kenapa tidak wang yang begitu banyak hasil sumbangan orang ramai dimanafaat sepenuhnya untuk meletakkan masjid dan surau sebagai sebuah institusi yang hebat dan menarik . Apa yang paling penting ialah masjid mesti menjadi tempat yang paling selesa dan tenang untuk ummat mengabdikan diri kepada Allah swt.

Imej tandas masjid sebagai tandas yang paling kotor sepatutnya tidak kedengaran lagi . Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama setiap individu muslim ? Bukan sahaja bermaksud supaya masjid tidak dipandang rendah oleh masyarakat umum, tetapi juga untuk mencari redha Ilahi .

Peranan dan Fungsi Masjid.

Selayaknya masjid diimarahkan . Sebagaimana tiada nilai masjid yang tidak diurus , begitulah tiada erti dan gunanya masjid yang diperbesar dan diperbanyakkan tetapi sepi tanpa aktiviti .
Masjid juga mestilah dilihat sebagai mesra remaja dan mesra ummah seluruhnya.

Masjid tidak sepatutnya menghadkan aktiviti kepada solat berjamaah semata – mata , demikian juga tazkirah dan kupasan ilmu yang hambar dan tidak membawa ahli jamaahnya wujud dalam cabaran zaman mereka yang sebenarnya.

Sebaliknya masjid mestilah aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendekatkan masjid kepada mereka yang cuba menjauhkan dirinya daripada masjid. Malah aktiviti kemasyarakatan dan budaya mereka yang tidak bercanggah dengan Islam amatlah baik didekatkan kepada masjid .
Biarpun asalnya aktiviti itu bukan berbentuk ibadah namun apabila ia bertolak dari masjid dan surau , kita mengharapkan ia menjadi satu bentuk ibadah yang diredhai oleh Allah swt .

Tuisyen akademik juga boleh diadakan di masjid atau surau agar tidak sahaja ustaz dan pak lebai menguasai ruang legar masjid tersebut tetapi juga guru akademik dan murid – muridnya berhak ber“mesra” dengan masjid .

Saya berkeyakinan , jika semua pihak mengambil ruang dan bahagian mem“peranan”kan masjid seperti kaum ibu dengan aktiviti mereka , pelajar dengan aktiviti mereka dan ajk masjid dengan aktiviti mereka , masjid akan dilihat makmur , meriah , ceria dan menarik .

Pengalaman saya di Damsyik dan Tanta dapat melihat dari dekat bagaimana di sana terdapat masjid yang dilengkapi dengan maktabah ( perpustakaan ) untuk masyarakat merujuk pelbagai sumber ilmu dan Klinik yang beroperasi di masjid sepanjang hari dengan hanya ditutup pada waktu solat.

Keadaan itu tidak lagi meletakkan masjid dan surau sepi bersendirian dan akhirnya menjadi sasaran mat gian dan kaki lepak beroperasi dan mencuri . Malang ada masjid yang kehilangan besi keranda , tongkat khutbah dan set P.A system. Jawab mudahnya , kerana masjid tersebut sepi ditinggalkan oleh imam dan makmumnya.

Masjid sepatutnya tidak perlu berkunci dan berjaga , sudah cukup amalan iktikaf dan mengimarahkan masjid menjadikan masjid kawasan atau zon paling selamat dalam dunia .

Kalaupun keadaan memaksa demi memelihara barangan milik masjid daripada dicuri oleh penjenayah , maka saya syorkan agar sediakan kawasan berkunci untuk menyimpan barangan berharga milik masjid sementara ruang masjid terbuka untuk aktiviti umum mengabdikan diri kepada Allah swt.

Ataupun , sediakan ruangan khas yang tidak berkunci ( sebahagian dari masjid ) tersebut agar tidak menghalang aktiviti ummah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. terutama buat musafir lalu .

Pendekkata , sebagaimana pengurusan hotel ada kursus yang disediakan untuk meningkatkan prestasi pengurusan maka saya kira pengurusan masjid juga min baabil aula [ terlebih layak ] patut diadakan kursus untuk tujuan meningkatkan kesedaran dan keinsafan dikalangan ummah terhadap pengurusan masjid dan surau .

Berpolitik di Masjid.

Politik sebahagian daripada Islam yang telah dibawa oleh Nabi saw malah perjuangan baginda saw diwarnai oleh gerakkerja politik sehingga tertegaknya Negara Islam pertama di Madinah al Munawwarah . Pengurusan , pentadbiran dan pemerintahan Nabi saw juga berpusat di Masjid an Nabawi .

Masjid an Nabawi turut menjadi tempat Nabi saw mengajar ilmu politik kepada ummah agar mereka kekal menjadi ummah yang bertanggungjawab memelihara dan mentadbir negeri atau negara berdasarkan agama yang telah diwahyukan oleh Allah swt . sehingga lahir sebuah negera yang aman , maju , sejahtera dan mendapat keampunan daripada Allah swt .

Memisahkan Masjid daripada politik dan aktivitinya yang benar dan tulen mengikut ajaran Islam adalah satu percubaan untuk mensekularkan ummah dengan menjarakkan urusan politik daripada agama .

Tindakan memisahkan politik daripada masjid hanya menjadikan politik itu kotor kerana terpisah dari ruh agama . Sebetulnya inilah yang sangat diinginkan oleh ahli – ahli politik sekular agar politik mereka bebas dari pengaruh masjid yang mengingatkan mereka kepada syurga dan neraka serta dosa dan pahala . Tentunya politikus duniawi ini akan rimas dan lemas apabila politik mereka diganggu oleh ulama’ atau imam yang mengingatkan tentang dosa pahala dalam berpolitik lantaran politik mereka adalah membujur lalu melintang patah , dihulur aku sapu yang hilang aku tak kisah. Segala elemen negatif seperti politik kebencian dan fitnah yang terbentuk dari aksi politik duniawi dan sekular sewajar dihapuskan kerana politik sedemikian tidak memberi keuntungan kepada ummah dan negara . Justeru itu , masjid bagaikan “washing machine” untuk membersihkan politik dari segala elemen negatif tersebut .

Bawalah politik masuk ke dalam masjid nescaya politik itu akan menjadi tenang , murni dan terhindar dari sebarang fitnah dan kebencian sesama ummah. Bukankah masjid adalah tempat suci yang dilarang keras pengunjung membuat bising tidak tentu pasal apalagi melemparkan fitnah dan menghasut masyarakat agar saling benci membenci kerana masjid adalah simbol perpaduan dan kasih sayang .

Bertolak dari masjidlah , politik ummat Islam harus digerakkan untuk memerangi kemungkaran politik, kebathilan politik , kemaksiatan politik , penyelewengan politik dan penyalahgunaan kuasa politik kerana segala macam kemungkaran , kemaksiatan dan kebathilan itu adalah dosa dan noda yang mesti disucikan sebelum mati bettemu Allah swt.

Inilah bezanya politik Islam yang membawa ke akhirat . Berbanding kitaran politik sekular yang hanya berlegar di kaki dunia dan tidak pun sekali – kali mampu melepasi sempadannya.

Pendirian GAMIS berkaitan isu APCO


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) dengan ini bertegas dengan pendirian membantah sepenuhnya berkaitan isu kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej negara diperingkat antarabangsa.

Usaha yang dilakukan kerajaan ini, adalah untuk menaikkan imej negara dalam masa yang sama untuk menarik pelabur asing masuk. Walaupun perkara ini mungkin memberi nilai positif, namun hakikat yang perlu disedari ialah jelasnya syarikat ini dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya tiada agenda lain untuk memusuhi ummat Islam.

Diperingkat GAMIS, kami amat rasa begitu terkilan dengan isu ini, perbelanjaan yang perlu dibayar pada syarikat ini dianggarkan mencecah RM 77 juta setahun dan jumlah ini diakui sendiri Menteri Dalam Negeri Dato` Seri Hisyamuddin. Sedangkan nilaian ini amatlah begitu besar kepada rakyat Malaysia dalam keadaan ekonomi negara yang agak kurang stabil pada ketika ini.

Presiden GAMIS Sdr Idris Yussoff dalam kenyataan, pada masa sekarang negara Israel adalah Negara yang tidak sama-sekali diiktiraf di dunia Islam malah menjadi ancaman bagi ummat Islam, tetapi sebaliknya kerajaan Malaysia sanggup untuk menerima agen yahudi ini sebagai perunding imej kepada Negara dengan bayaran yang tinggi, ini amat memalukan. Sepatutnya kerajaan perlu menghormati hak rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

"Kami mahasiswa Islam betegas dengan prinsip bahawa tidak sesekali setuju dengan penggunaan APCO sebagai perunding imej bagi kerajaan Malaysia pada hari ini, tindakan kerajaan Malaysia ini seolah-olah, kita Malaysia berpura-pura kononnya sayang dan simpati kepada saudara kita di Baitul Maqdis, sedangkan golongan yahudi inilah yang membunuh ummat Islam Palestin". Tegasnya ketika berucap pada himpunan menbantah APCO di Kuala Lumpur.

Pendirian yang sama dinyatakan Pengerusi GAMIS Perak iaitu Sdr Firdaus yang mewakili suara para mahasiswa di negeri tersebut.

"Kami dengan tegas menyatakan pendirian anak-anak muda negara, bahawa tindakan kerajaan tersebut merupakan sesuatu yang amat dikesali. Bukan sahaja wang rakyat disalurkan untuk dibayar kepada pihak yang tidak betul, malah seolah-olah menampakkan umat Islam di rantau ini sudah semakin redha dengan tindakan rejim ganas zionis terhadap umat Islam Palestin di Gaza. Rahsia-rahsia negara juga sudahpun diketahui oleh pihak luar yang sememangnya membuka ruang ancaman keselamatan seluas-luasnya kepada negara". Jelasnya ketika perhimpunan membantah APCO diadakan di Perak baru-baru ini.

Pendirian GAMIS, kami sesekali tidak akan berkompromi berkaitan dengan usaha dan kerjasama kerajaan Malaysia dengan mana-mana agen yahudi. GAMIS sebagai sebuah badan pertubuhan NGO juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak mahupun agensi bagi menghalang kemasukan agen yahudi ke Malaysia.

*ucapan Presiden Gamis berkaitan isu APCO di TV@gamis: link

Kalendar

About Me

My photo
Merupakan anak ke 7 drpd 11 orang adik beradik. "jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti". (Anfal:65)


Kata-Kata Hikmat


"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz.


"ALANG-ALANG BERJUANG ISLAM,BIAR SAMPAI KEMENANGAN ISLAM"


"KALU NAK JADI BERANI,KENO PEHE UNDANG2"


GAMIS

GAMIS

PUM

Pro Mahasiswa

Pro Mahasiswa

GMMA

GMMA

PMN

PMN

REAL

REAL

:: Tazkirah bersama Da'ie ::


"Golongan MUDA kaya dengan speed,
Golongan TUA kaya dengan pengalaman,
Maka kedua-duanya perlu bersatu untuk menghasilkan gerakan yang MAJU dan LAJU..."

5 Dugaan Orang Mukmin


1) Mu'min yang dengki padanya
2) Munafiq yang benci padanya
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya


Mujahid di tengah medan bagai singa mengganas,

Muhajir di dalam diri bagai seorang anak merintih sayu,
Mujaddid di tengah umat bagai pakar mengatur rencana,
Muttaqin menghadap Ilahi bagai hamba mendapat syurga.
Inilah jalan menuju bahagia.
3 AMALAN YANG MENGHAPUS DOSA:

1.Menyempurnakan wuduk

2. Memeperbanyakkan langkah ke masjid.
3. Menunggu waktu solat