Al Ikhwanul Muslimin adalah satu harakah yang tersusun rapi dengan ahlinya yang dibahagikan kepada peringkat-peringkat tertentu. Terdapat ahli peringkat pertama, peringkat kedua, penyokong dan pekerja. Seseorang itu tidak dinaikkan peringkatnya, sebelum diberi ujian tertentu. Apabila ahli sudah dianggap aktif, mereka akan dipanggil dalam mesyuarat khas, dimana Sheikh Hassan al Banna sendiri yang menjadi ketuanya. Bagi mengendalikan ahli, mereka dibahagikan kepada nuklias, sel, usrah dan barisan. Apabila cawangan-cawangan bertambah, satu yunit pentadbiran ditubuhkan dengan ahlinya dipilih khas oleh Muktamar (General Assembly). Markas akan menerima tentang maklumat semua kegiatan ahli 10 hari sebelum Muktamar.
Di Muktamar, semua cawangan menghantar wakil masing-masing. Persetujuan Markas Pusat diperlukan untuk meluluskan satu-satu keputusan yang dipersetujui oleh Muktamar Cawangan. Markas Pusat juga berkuasa untuk meluluskan atau menahan penubuhan sesuatu cawangan atau Jawatankuasa Tadbir. Untuk melicinkan lagi operasi, Jawatankuasa Pusat menubuhkan Jawatankuasa Kecil bagi department-department tertentu seperti kebajikan masyarakat, hubungan dengan Dunia Islam dan lain-lain. Di Khahirahlah letaknya Markas Pusat. Jawatankuasa Pusat terdiri dari 100 orang Jawatankuasa Pengasas dan 12 orang penasihat, yang dilantik sendiri oleh Hassan al Banna dari Jawatankuasa Pengasas. Setiap ahli membuat bai'ah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara Ikhwan hatta dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, disamping menaruh kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap ketua mereka. Mereka sanggup menerima perintah walaupun bercanggah dengan kehendak mereka. Disetiap perjumpaan mereka akan memperbaharui sumpah mereka dan mengulangi "Sami'na wa Ata'na".
Hassan al Banna mengetahui dengan terperinci ahli-ahli yang aktif dan dipercayai. Mereka ini dikehendaki merekodkan aktiviti-aktiviti harian mereka termasuk penghafalan Qur'an serta kehadiran mereka pada sembahyang berjemaah. Mempelajari Al Qur'an, Hadith dan Syari'ah diwajibkan ke atas mereka. Mereka diajar menggunakan bermacam-macam senjata dan pertolongan cemas. Pada akhir pengajian mereka akan diperiksa apa yang telah mereka pelajari. Satu perjumpaan diadakan dua tahun sekali diperingkat cawangan apabila diarah oleh Hassan al Banna.
Di dalam tulisannya, Sheikh Hassan al Banna memegang teguh kepada beberapa prinsip. Pertamanya, beliau melarang keras ahlinya menjadi Ikhwanul Muslimin sebagai tempat medan percanggahan pendapat. Dalam soal ini, Hassan al Banna mengikut nasihat dari seorang Ketua Sufi di mana ia masih berada di bangku sekolah. Ketua Sufi itu telah menasihatkan muridnya supaya jangan berbalah dalam perkara-perkara yang kecil dan jangan menggunakan kalimah-kalimah orang-orang atheist, murtad dan missionari kristian di khalayak ramai.
"Buatlah perkara ini semasa kamu berbincang dan bermusyawarah sesama kamu. Di hadapan orang-orang kampung, gunakanlah perkataan yang berkesan yang dapat membimbing mereka kepada Islam". BERSAMBUNG.................
Ikhwanul Muslimin & Hassan Al Banna (kupasan 2)
Ikhwanul Muslimin & Hassan Al Banna (kupasan 1)
Selepas Perang Dunia Yang Pertama, kumpulan yang berhaluan ke Barat bergerak begitu hebat sekali di Mesir. Kebangkitan nasionalisma di dunia Islam mencapai puncaknya dengan penggulingan sistem Khalifah Islam Othmaniah di Turki oleh Kamal Attarturk. Pergerakan Pembebasan Wanita Mesir menjadi bertambah kuat apabila wanita kelas atasan Mesir memberontak; enggan memakai purdah. Mereka memakai fesyen Eropah, menghadiri temasya sosial yang bercampur bebas antara lelaki dan perempuan, samada secara tertutup ataupun terbuka. Mereka juga mendesak supaya wanita mempunyai hak yang setaraf dengan lelaki di dalam soal kemasukan ke Universiti. Semuanya ini berlaku di waktu Hassan Al Banna mencatitkan rasa kebimbangan beliau serta rakannya terhadap kebimbangan ini.
"Hanya Allah yang mengetahui berapa malamkah kita berbincang tentang keadaan negara dan hubungannya dengan segala lapangan hidup rakyat. Apakah kesan dari penyakit masyarakat dan bagaimana untuk menyelesaikannya ? Kami berbincang dengan penuh perasaan sehingga menitiskan airmata. Sebelum kami membuat sebarang keputusan, kami berbincang dengan panjang lebar sekali, tetapi alangkah terkejutnya kami apabila kami bandingkan keadaan ini dengan mereka yang tidak kisah kepada apa-apa, yang asyik bersenang-senang di kedai kopi."
Dalam catitan yang sama, Sheikh Hassan Al Banna mengakui bahawa keputusan menubuhkan Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah ekoran dari pemerhatian beliau terhadap kejahilan Ummat Islam terhadap Agama mereka. Beliau menganggap bahawa masjid dan khatib khutbah sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ini. Ulamak-ulamak yang ada tidak terdaya untuk menahan serangan dari Puak Modernist selain dari melabelkan mereka murtad. Yang malangnya terdapat juga manusia yang digelar 'ulamak' tetapi terlalu mudah untuk bertolak ansur dengan pemerintah dari segi prinsip agama dengan tujuan untuk memuaskan hati taghut-taghut ini. Ulamak Khahirah jatuh ke lembah yang paling menghinakan apabila mereka menyetujui fatwa yang diberi oleh Rektor Universiti al Azhar bahawa Raja Farouk adalah layak untuk memerintah dan layak digelar Khalifatul Mu'min atas alasan "beliau adalah seorang Islam dan datang dari keturunan Rasulullah S.A.W.".
Dengan tekad bersungguh-sungguh dan sedaya upayanya Sheikh Hassan al- Banna terus menubuhkan pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin demi untuk menyelesaikan nasib yang malang itu. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan dalam tahun 1928, sebaik sahaja beliau keluar dari Darul Ulum. Pemimpin-pemimpin Islam yang terkenal seperti Jamaluddin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Sayyid Rashid Ridha' lebih mengutamakan penulisan dan dakwah dalam aktivitinya. Apa yang dilakukan oleh Hassan Al Banna bercita-cita untuk menubuhkan satu harakah Islam yang syumul yang akan membimbing seluruh generasi dengan prinsip-prinsip Islam yang menyentuh semua aspek hidup seperti politik, ekonomi dan sosial. bersambung
salam utusan
bismillahhirrahmannirrahim.......................................
alhamdulillah ,bersyukur kita kerana masih lagi diberi nikmat iman dan nikmat islam
.hari raya sudah berlalu....tetapi raya bg org malaysia adalah sebulan.............ana ingin menceritakan satu kisah ,dimana pda 3 hari sebelum ana blik kampung utk beraya.ana telah dipertemukan oleh sahabat seperjuangan ana ,dgn seseorg yang ingin mengenali islam.......ana terus bertanya bagaimana saudara kita berminat utk masuk islam,mengapa dan sebagainya.pelbagai persoalan telah ana tujukan kepada dia.
dan pada hari ana nak blik berhari raya,ana dipertemukan lagi dengan saudara kita,masa tuh jam dalam pkul 6 ptg.......ana bersembang panjang sehingga terlupa nak blik dengan bas pada malam itu..............................wah hebatnya kekuasaan allah s.w.t.ana terkejut apabla bnyak perbincanagn ana dengan saudara kita mengenai islam....dan telah bnyk saudara itu memahami islam berbanding........org yang berada dalam islam tetapi tidak memahami islam itu sendiri.Ana terus bertanya dan persoal dalam diri "mengapa kah org islam tidak memahami agama islam sendiri"sedangkan org yang mahu kenal islam lebih mengenali apa itu islam yang sebenar sehingga perkara asas islam pon saudara itu lebih memahami..........dan hari ini ana telah bertemu saudara kita bersama dengan ustz abdur rahman.....dan dia telah pon menganuti agama islam.................................alhamdulillah....bersyukur kehadrat ilahi kerana allah telah memberi taufik kepadanya hari ini utk memeluk agama islam..............
Sebenarnya semua orang bisa menjadi tokoh yang berpengaruh dalam apa jua bidang bergantung kepada usaha dan kesungguhan untuk memajukan diri masing-masing. Jangan takut untuk melakukan perubahan untuk mencabar status quo kita. Biar apa orang kata yang penting kita jelas matlamat dan halatujukita. Di alam kampus inilah tempat kita untuk mendapatkan banyak pengalaman. Tidak mengapa sesekali melakukan kesilapan, kerana ia bisa mematangkan lagi tindakan kita. Rendahkan hati dalam menerima kritikan sahabat-sahabat,kerana mereka bertujuan untuk menjadikan kita lebih hebat!
Lakukanlah perubahan kepada diri antum,beranikan diri mengorak langkah demi selangkah.............
Kisah Ku
Alhamdullillah ,hari nie tercapai jgak hasratku untuk kumpulkan semua ahli keluarga ini,walaupun 2 org adik beradik aku tdak balik lg.....iaitu kak jah dan nasai.....bnyk kami membincangkan mengenai keluarga tok ayah yib.......aku entah mengapa ingin meluahkan sema perasaan ku...sehinggakan aku menawarkan diri utk jadi kepala bg mesyuarat esok malam.......ishishish....walaubagaimanapon aku akan cba utk memberanikan diri bg mesyuarat esok malam..........hanya kpd allah aku berserah segalanya.............insyaallah selepas raya nanti...kami akan berkumpul semula utk membincangkan mengenai keluarga.
SYAIR
"ku cintai Engkau
wahai kekasihku dengan dua cinta...
cinta kerana dorongan hasrat dan naluri kewanitaanku...
dan cinta yang memang Engkau berhak
atas cinta diriku..
Adapun hasrat yang mendorong cintaku padaMU,
membuatkan diriku masygul berzikir dan mengingatiMU...
sedangkan cintaku yang Engkau memang berhak atasnya,
menuntun diriku,
untuk menyelak tiraidari MU agar mampu ku melihat wajahMU...
Wahai KekasihKU,
maka tiada pujian yang layak diterima untuk dan demi diriku...
namun segenappujian,
adalah untuk diriMU semata2..."
_syair RABI'AH al ADAWIYAH....
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI ?
AL-QUR’AN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ?
AL-QUR’AN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
AL-QUR’AN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ?
AL-QUR’AN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
AL-QUR’AN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Daripada Gamisdaily
Oleh : Mohd Idris Bin Mohd Yussoff,
Jika kita lihat, Allah s.w.t. berikan kelebihan kepada nabi Nuh dalam pembinaan bahtera agung kerana sesuainya suasana ketika itu di mana masyarakatnya mahir dalam pertukangan. Nabi Musa pula dianugerahkan tongkat sebagai mukjizat bersesuaian dengan masyarakat zamannya yang terjebak dengan ilmu kesihiran. Nabi Isa pula dianugerahkan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit sopak, buta dan menghidupkan orang mati bersesuaian dengan keadaan masyarakatnya yang mahir dalam bidang perubatan. Manakala Nabi kita Muhammad s.a.w. diberikan mukjizat agung iaitu al-Quran mengatasi syair-syair hebat zaman Jahiliyyah.
Kembali kepada situasi mahasiswa hari ini. Pemikiran "yes man" yang membelenggu mahasiswa akibat kemalasan berfikir dan tidak berani mengemukakan pandangan akan menyebabkan pemikiran mahasiswa tidak dapat mendepani zaman. Paling menyedihkan apabila dalam sesuatu mesyuarat yang diadakan, tidak ada respon yang keluar di kalangan ahli mesyuarat. Hanya diam seribu bahasa. Nampak seolah-olah bersetuju, namun ada pula mesyuarat di luar bilik mesyuarat. "Ana rasa macam tak setuju la pandangan tadi........, apasal pelik sangat cadangan tadi?......kenapa pengerusi mesyuarat tidak menyusun begini........" dan lain-lain lagi.
Mahasiswa sebegini hanya berperanan sebagai "pengangguk" (maaf, mungkin agak kasar bunyinya) apabila mendengar sesuatu pandangan, arahan dan berita. Maka, pemikiran mereka tidak terasah dan bersifat statik berbanding zaman yang semakin melaju. Virus ini akan meninggalkan kesan mendalam pada masa akan datang dalam pembentukan "future leader" yang diimpikan.
Pertemuan bersama al-akh Rijalul Imam dan Mohan dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) memberikan gambaran kepada penulis betapa mahasiswa Indonesia rajin berfikir dan sentiasa bersedia memimpin masyarakat. Susilo Bambang akan turun bertemu mahasiswa apabila ada luahan ketidakpuasan hati dari mahasiswa di sana. Beliau tidak menghalang mereka mengkritik kerana beliau tahu pemikiran sebegini menunjukkan mahasiswa di sana berfikir, ada sensitiviti dan ada idealisme yang hendeak diperjuangkan. Walaupun mungkin ada pandangan yang salah, namun beliau yakin pemikiran dan tindakan mahasiswa berguna untuk masa akan datang.
Maka program dan aktiviti yang bersifat brainstorming perlu diperkasakan dan diperbanyakkan. Biarkan pandangan yang diberikan mungkin salah pada awalnya, namun ianya lebih baik dari mereka yang berdiam diri dan bersikap "yes man". Justeru, penulis sentiasa menyeru diri penulis dan pembaca sekalian agar tarbiyyah fikriyyah tidak dikesampingkan. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan :
Analytical thinking (mahasiswa perlu rajin menganalisa)
Critical thinking (kritikan mampu membina pemikiran)
Creative thinking (perlu membawa ideal-ideal baru yang bernas)
Constructive thinking (pemikiran dan pandangan juga perlu bersifat membina)
"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"
Bagaimana sejarah PPSMI bermula?
Saya menulis berdasarkan catatan ingatan. Penulisan ini bukanlah penulisan akademik. Justeru, ia bolehlah dimaafkan kerana saya tidak ingat tarikh-tarikhnya dengan tepat.
Ia adalah sebuah rangkuman kisah tentang bagaimana Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir bin Mohamad telah membuat keputusan berhubung PPSMI.
sebagai mukadimah, biarlah kita sebutkan bahawa semua itu berpunca daripada kemelut ekonomi yang melanda pada suatu ketika dahulu.
Ketika saya menulis ini, harga Emas Dinar Kelantan pada 3 Mac adalah RM495.50 untuk 1 Dinar (4.25g). Hari ini, 4 Mac harganya turun lagi kepada RM486.40 bagi 1 Dinar Emas.
DINAR SELLING BUYING
2 Dinar 959.80 919.80
1 Dinar 486.40 466.40
1/2 Dinar 249.20 239.20
1/4 Dinar 131.10 126.10
Saya bukan pakar ekonomi. Yang saya tahu harga emas ini bersilang atau berlawan dengan kedudukan nilai matawang dollar Amerika dan harga minyak.
Maknanya, berdasarkan turun naik harga emas, kita boleh jangkakan apa yang sedang berlaku di Amerika sekarang.
Tarikhnya saya dah lupa. Bagaimanapun, yang saya ingat, baru-baru ini juga Obama ada menandatangi satu dokumen yang membabitkan kewangan Amerika. Berbilion juga jumlahnya. Eh! Jangan-jangan bertrillion tak?
Tak lama selepas itu, harga emas melambung! Entah ada kaitan dengan dokumen itu atau tidak, wallahu'alam. Sekali lagi, saya minta maaf, kerana saya bukan pakar ekonomi. Apa yang penting, kata orang dalam memahami realiti ekonomi dunia hari ini, kalau Amerika terbersin, demam dan selsemanya menjalar, merebak ke seluruh dunia. Nampaknya daripada suatu segi, hal itu ternyata ada kebenarannya.
Bersambung...................................................................... 3:13 p.m, 4 Mac
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Mengapa umat Islam diuji dengan pelbagai ujian?
Ustaz Zainudin Hashim
Peranan Umat Islam
Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali �Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.
Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang
Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah (lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayt 2dan 3 surah al-Ankabut).
Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka Umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan dengan Allah selaku Pencipta.
Tanpa ujian, sudah pasti umat manusia seluruhnya tidak mengetahui sejauhmana keimanan mereka itu kepada Allah, sepertimana para pelajar di sesebuah sekolah, mereka mesti melalui proses pembelajaran yang diakhiri dengan peperiksaan penting, sama ada di peringkat UPSR, PMR atau SPM bagi menentukan tempat terbaik pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Ujian adalah untuk mengingatkan Umat tentang peranan dan tanggungjawab
1- Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),
2- Berlaku gempa bumi, rebut taufan, banjir kilat, tanah runtuh,
3- Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup rasa malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.
Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat dibandingkan dengan para Anbiya� yang lain.
Namun apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.
Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala (hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.
Justeru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tidak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman dahulu Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, pada hari ini Allah hukum dengan selsema burung, penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya.
Antara bala yang ditimpakan Allah ke atas umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.
Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah. _