Al-Amanah & Al-Quwwah

Nama diberi Ahmad Mustapha Bin Ab Azais Berasal drpd Kelantan,Bandaraya Islam Belajar di UNISEL,Bestari Jaya.berpindah ke UNISEL SHAH ALAM Jurusan Degree Accounting.Ditaklifkan Bendahari GAMIS 11/12,Presiden Persatuan Pembangunan Insan Unisel Shah Alam 11/12,Mantan Presiden P.A.K.U 1011.Merupakan Mantan Presiden i Rakan 09/10. ("Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berjiwa BESAR dan di belakangnya pengikut-pengikut yang juga berjiwa BESAR")

TAHNIAH UNiSEL : Menerima sahutan STudent



Unisel: Raja Arshad canselor baru

SHAH ALAM, 14 Feb – Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad, Tan Sri Raja Arshad Tun Uda dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) yang baru berkuat kuasa 21 Februari ini. Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang pada 20 November lepas mengumumkan berundur daripada jawatan itu apabila tempoh lantikannya tamat pada 5 Februari.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali berkata turut berkuat kuasa 21 Februari ini ialah pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam sebagai Pro-Canselor.

“Pelantikan ini menunjukkan kami tidak mahu mempolitikkan sistem pendidikan di Selangor dan menyahut saranan penuntut UNISEL yang mahukan Canselor mereka bukan terdiri daripada orang politik,” kata Halimah pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata pelantikan kedua-dua tokoh itu juga adalah sebahagian usaha menjenama dan menambah baik Unisel.

Raja Arshad juga adalah Pengarah Khazanah Nasional, Pengarah Sime Darby Berhad, anggota Panel Kajian Semula Pencukaian, Pengarah Pro-Canselor Unisel, Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, serta Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales.

Ismail pula yang mengetuai JPA sejak 2004, pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, ditanya mengenai penggunaan secara rasmi nama baru Unisel, Naib Canselornya Datuk Dr Rosti Saruwono yang turut hadir, berkata surat rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi minggu ini.

Pada 9 Februari lepas, Rosti mengumumkan Unisel akan dikenali dengan nama baru iaitu daripada Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor sempena penjenamaan semula universiti itu setelah 11 tahun ditubuhkan. – Bernama

0 comments:

Kalendar

About Me

My photo
Merupakan anak ke 7 drpd 11 orang adik beradik. "jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti". (Anfal:65)


Kata-Kata Hikmat


"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz.


"ALANG-ALANG BERJUANG ISLAM,BIAR SAMPAI KEMENANGAN ISLAM"


"KALU NAK JADI BERANI,KENO PEHE UNDANG2"


GAMIS

GAMIS

PUM

Pro Mahasiswa

Pro Mahasiswa

GMMA

GMMA

PMN

PMN

REAL

REAL

:: Tazkirah bersama Da'ie ::


"Golongan MUDA kaya dengan speed,
Golongan TUA kaya dengan pengalaman,
Maka kedua-duanya perlu bersatu untuk menghasilkan gerakan yang MAJU dan LAJU..."

5 Dugaan Orang Mukmin


1) Mu'min yang dengki padanya
2) Munafiq yang benci padanya
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya


Mujahid di tengah medan bagai singa mengganas,

Muhajir di dalam diri bagai seorang anak merintih sayu,
Mujaddid di tengah umat bagai pakar mengatur rencana,
Muttaqin menghadap Ilahi bagai hamba mendapat syurga.
Inilah jalan menuju bahagia.
3 AMALAN YANG MENGHAPUS DOSA:

1.Menyempurnakan wuduk

2. Memeperbanyakkan langkah ke masjid.
3. Menunggu waktu solat