Wahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat
Ketika saya sedang hendak berwudhu', seorang saudaraku berbangsa
Algeria telah menegurku, "Saudara, bukankah solat ni suatu nikmat
bagi kita?. Kita bekerjakeras, lalu Allah memberi kita peluang utk
berehat. Alangkah indahnya, kan saudara? "
"Hmm, betul tu " jawabku ringkas sambil tersenyum. Namun di dalam
fikiranku ligat berfikir tentang kurniaan Allah swt yg besar di
sebalik solat ni.
Sememangnya manusia sehari harian menjalani kehidupan penuh dengan
kesusahan
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah
payah." Al Balad:4
Jadi, saban hari kita melihat insan menjalani kehidupan mereka dgn
penuh susah payah. Sehingga penatlah ia pada penghujung hari dan
tertidur keletihan. Namun dalam kamus orang yang mahu kejayaan,
berpenat itu adalah salah satu dari dua - 1) orang yg berpenat lelah
semata² utk dunia material, mereka mendapat secukupnya dari hempas
pulas mereka di dunia ini. Seperti firman Allah taala
"….barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan
kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu
bahagian pun di akhirat." (42:20)
Golongan kedua adalah mereka yang berhempas pulas di jalan Allah,
mengajak manusia kepada Allah siang dan malam. Di samping itu juga,
mereka tidak melupakan bahagian mereka yg Allah sediakan dari
kehidupan dunia..
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu
dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu," (28:77)
Maka kamu akan dapati golongan kedua ini berpenat lelah sepanjang
harinya demi utk mengumpul bekalan mereka buat hari akhirat yg pasti.
Cara kehidupan ini telah dipelopori oleh para Rasul yg terdahulu dan
di sematkan di dalam Al Quran:
""Nuh berkata: ""Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku
malam dan siang,"" (71:5)
Masya Allah, betapa bersungguhnya para Nabi² dalam dakwah mereka
ilallah. Begitulah juga kisahnya dengan saudara² daie muslimiin yg
memdahului kita.
Seperti diceritakan oleh Imam Hasan Al Banna:
"Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun
mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita.
Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan
mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita
juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini.
Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara
kita. Kita ketepikan anak isteri kita demi mereka. Alangkah besarnya
harapan saya jika saudara-saudara yang masih tertanya-tanya ini
melihat sendiri para pemuda Ikhwan al-Muslimin yang sentiasa berjaga
malam ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Mereka bekerja
berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa. Ada
di antara mereka berada di pejabat daripada Asar hingga ke tengah
malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh. Begitulah selama
sebulan dan apabila tiba akhir bulan dia menyerahkan pendapatannya
untuk jamaah. Segala perbelanjaannya hanya untuk dakwah, hartanya
adalah untuk mencapai matlamatnya. Segala geraklakunya seolah berkata
kepada masyarakat yang tidak sedar pengorbanan yang dilakukannya itu:
Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan
ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripada Allah.
Begitulah karakter orang² yg berjaya. Sentiasa bekerja bersungguh²
dan mengelak dari kemalasan diri. Bermujahadah dalam setiap saat
hidupnya utk menjadikan setiap detik yg dilaluinya bermanfaat utk
dirinya dan kaum muslimiin. Seorang soleh bernama Syeikh `Urfi
pernah berkata ketika mengejutkan sahabatnya utk bangun malam:
"Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti
bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur
kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita."
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ****
Jika kehidupan mereka ini kita teliti, nescaya kita akan melihat
betapa masa yg mereka ada tidak mencukupi utk segala urusan mereka
dan sentiasalah mereka dalam kepenatan dan otak mereka ligat berfikir
ttg masalah dakwah yg perlu diselesaikan saban waktu.
Maka setelah kita melihat kesungguhan para daie tersebut, yg menjadi
benchmark amalan kita, maka barulah kita menyedari apa yg dimaksudkan
oleh Nabi saw ketika baginda menyeyu kepada Akh Bilal bin Rabah
dengan kata²nya
"Arehna biha(ya'ini as solah) ya Bilaal"
"Wahai Bilal, (laungkanlah azan dan) rehatkanlah kami dengan solat."
Semoga Allah membalas pengorbanan para daie yg menelusuri jalan
RasulNya saw, mewakafkan jiwa dan harta mereka fi sabilillah, dengan
sebaik baik ganjaran.
0 comments:
Post a Comment