Para pemuda adalah tenaga hadapan dan masa depan
kepada perjuangan ini, mereka perlu diisi dengan ilmu, memiliki akidah
perjuangan yang mantap di seluruh peringkat untuk melahirkan
pemuda yang boleh menjadi rajaalut taghyir, yang akan menggerakkan
perubahan dalam negara kita. Kita mahu generasi Pemuda yang
memiliki kualiti dalam aspek amal jama’ei dan Islami, amal siyasi,
kebajikan dan dakwah. Fikrah yang jelas ini, ditambah pula dengan
kekuatan fizikal dan semangat yang berkobar, perlulah digandingkan
dengan kematangan supaya tindakan mereka adalah penuh dengan
hikmah.
Pemuda juga adalah pelapis kepada kesinambungan
perjuangan Islam, kerana itu mereka perlu digandingkan dengan
kepimpinan yang lebih lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.
Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf
kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar.
Peranan Pemuda perlu diperkasakan lagi dengan
kemampuan menangani golongan muda yang menjadi sasaran
serangan pemikiran dan budaya negatif yang bertujuan jahat terhadap
masa depan mereka. Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi
muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya
Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka. Ingatlah, bahawa
golongan muda inilah yang akan menentukan perubahan dalam
amalan demokrasi pilihanraya dan hala tuju negara seterusnya.
Pemuda mestilah mencari jalan dengan memerah pemikiran
mereka untuk meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas di
semua tempat dan ceruk, untuk memberikan kefahaman Islam yang
syumul kepada masyarakat yang ada dalam negara kita ini.
Selain dari itu, peranan Pemuda di peringkat antarabangsa
dan rantau nusantara ini perlulah diperhebatkan, kerana ianya akan
melahirkan generasi pemuda yang lebih matang, berkemampuan,
penuh ketrampilan, sehingga menjadi aset paling berharga untuk
perjuangan kita ini.
Semangat perlu juga kepada Kefahaman
10 years ago
0 comments:
Post a Comment