Al-Amanah & Al-Quwwah

Nama diberi Ahmad Mustapha Bin Ab Azais Berasal drpd Kelantan,Bandaraya Islam Belajar di UNISEL,Bestari Jaya.berpindah ke UNISEL SHAH ALAM Jurusan Degree Accounting.Ditaklifkan Bendahari GAMIS 11/12,Presiden Persatuan Pembangunan Insan Unisel Shah Alam 11/12,Mantan Presiden P.A.K.U 1011.Merupakan Mantan Presiden i Rakan 09/10. ("Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berjiwa BESAR dan di belakangnya pengikut-pengikut yang juga berjiwa BESAR")


UCAPAN DASAR

PRESIDEN PERSATUAN i RAKAN 2009/2010

SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين
امام المتقين وقائد الدعاة والمجاهدين
ونسلم على سائر أصحابه ومن اقتدى بقدوته الى يوم الدين



Assalamualiakum wbt.

Yang Dihormati Pengerusi Tetap,seluruh para perwakilan dan pemerhati ,muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.Seterusnya diucapkan selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua sahabat seperjuangan,para tetamu jemputan serta para pemerhati yang sudi memeriahkan Muktamar Unisel kali ke 2 ini.Muktamirin dan Muktamirat yang dirahmati Allah sekalian,pertama-tamanya marilah kita semua melafazkan Alhamdulillah bagi menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan hidayah Nyalah kita beristiqamah dalam landasan perjuangan membawa obor penyelamat untuk menerangi ummah dan seterusnnya ,melangsungkan perjuangan islam yang wajib diteruskan.Marilah kita terus beriman dengan aqidah perjuangan dan sepenuhnya yakin dengan janji Allah untuk kemenangan dunia dan akhirat walaupun banyak dan susahnya cabaran dan jauhnya perjalanan.

Firman Allah s.w.t.Maksudnya :

“Dia mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan disediakan kepada kamu tempat-tempat kediaman yang baik didalam syurga-syurga ‘And,itulah (kemenangan di Hari Akhirat) kemenangan yang sangat besar dan yang lain kamu sangat menyukainya iaitu pertolongan Allah dan kemenangan yang hamper (didunia) dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman”

Muslimin Muslimat sekalian

Hasil daripada pengorbanan para sahabat yang lepas telah wujudnya Persatuan i Rakan yang mana tetap membawa risalah islam.Maka pada hari ini merupakan hari yang perlu didokumentasikan dalam lembaran sejarah bagi Muktamar kali ke-2 Persatuan i Rakan.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah s.w.t yang telah merancang segala-galanya bagi memperkukuhkan lagi Persatuan i Rakan kerana kita manusia hanyalah pelaksana kepada perancangan yang maha merancang.Terkenang saya ketika permulaan saya memegang taklifan (tanggungjawab) sebagai pemimpin untuk organisasi ini.Dalam setahun sepanjang Persatuan i Rakan ini,pelbagai mehnah dan tribulasi yang dilalui oleh ahli i Rakan umumnya dan pimpinan i Rakan khususnya menyebabkan pelbagai konflik dalaman dan luaran yang dihadapi,tetapi dengan penyusunan semula gerak kerja dan sistem pengurusan, Persatuan i Rakan dapat berdiri gah dan kukuh dalam konteks mewakili mahasiswa islam di UNISEL dan menyampaikan mesej dakwah.Semua ini ,kita pandang positif kerana berjayanya seseorang itu belajar daripada kelemahan ,juga suasana persekitaran yang mencabar.

FirmanAllah s.w.t.Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman ! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama ) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu,siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan ku) kepada Allah (dengan menegakkan agamanya)?Mereka menjawab : kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (setelah Nabi Isa tidak berada diantara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir .Lalu kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya,maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

Setelah selama satu tahun,Alhamdulillah persatuan i Rakan semakin teguh dan perjuangan ahli semakin jelas dalam memacu pergerakan persatuan i Rakan.Marilah kita sama-sama terus memperteguh dan memacu persatuan kita untuk berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran yang akan sentiasa ada dihadapan mata kita.Kita tidak pernah mengalah untuk terus berjuang menerusi wadah yang terbentang bagi mencapai perjuangan kita iaitu Islam.

Firman Allah s.w,t. Maksudnya :

“sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam”

Dan jadikan islam itu sebagai cara hidup kita.”islam Is The Way Of Life”.Bersiap-sedialah dengan pelbagai ujian yang akan datang dari segenap sudut perjalanan perjuangan sehingga ke hari kiamat.Marilah kita mengikhlaskan niat dan amal perbuatan kita semata-mata kerana Allah ,untuk melaksanakan tugas dan amanah yang amat berat dimuka bumi ini.Perjuangan kita tidak terhenti dikampus sahaja kerana cabaran luar lebih getir untuk kita turun kepada masyarakat luar.Dan wadah yang kita lalui sekarang ini hanyalah medan mendidik kita bagaimana yang kita akan jadi kelak.Kampus merupakan kilang melahirkan produk yang professional yang serba boleh.Senjata utama yang kita ada sebagai mahasiswa yang ditakuti oleh musuh hanya dua ,iaitu keberanian dan keintelektualan.Inilah yang digeruni musuh kelahiran pejuang kampus.

Muktamirin dan Muktamiran yang dirahmati Allah sekalian,

Asas pembentukan sesebuah persatuan Islam adalah Tarbiyah.Teguh penyusunan tarbiyah,maka utuh atau kuat asas pembentukan persatuan islam tersebut.Perlu diingatkan,Tarbiyah bukanlah hanya catatan diatas lembaran kertas semata-mata atau hanya bercakap kosong sahaja tetapi perlulah dilaksanakan diperingkat Organisasi.Kerana tarbiyah merupakan satu perlaksanaan dalam pembentukan ahli persatuan islam kepada peringkat seterusnya yang lebih mantap.Penyusunan tarbiyah yang tersusun rapi amatlah penting bagi sebuah persatuan Islam.Dan biarlah rekacipta penyusunan itu bersesuaian dengan waqi’e (keadaan) masing-masing.Ia umpama legend bagi seorang pengembara dalam menuju matlamat destinasi.Begitu juga dengan kita dalam mencapai matlamat daulah islamiyyah berjuang bersama pejuang-pejuang dunia dalam mengembalikan apa yang telah terlepas di era Turki Uthmaniyah.Perancangan perlulah sesuai dengan semasa.Keran setiap tempat adalah berbeza geografinya.Yang diutamakan adalah perlaksanaan.Bagaimana kita melaksanakan dengan istiqomah,husnuzzan (bersangka baik) dan perlaksanaan itu lebih baik dari sebelumnya.Bagaimana sirah Rasulullah s.a.w mengukuhkan 10 tahun penyusunan dalam mentarbiyah aqidah sahabat-sahabat suapaya tetap kaki mereka dalam perjuangan Islam.Sehinggalah mereka diuji dalam konteks jamaah(kumpulan) yang merangkumi keseluruhan aspek pengorbanan.Semua ini dilakarkan oleh Allah s.w.t didalam surah al –Anfaal.Hanya berbekalkan keyakinan dan kebenaran janji Allah,mereka tetap mara kehadapan walau jumlah yang sedikit,ketiadaan senjata serta kurangnya pengalaman dalam peperangan yang sebenar.

Muslimin muslimat sekalian,

Tarbiyah merupakan akar bagi sesebuah gerakan itu.Tarbiyahlah persatuan kita ini sehingga menjadi seperti pohon yang mempunya batang yang kuat,ranting yang banyak,daun yang menghijau dan menghasilkan buah untuk kebaikan orang lain serta menjadi tempat berteduh.Dan tarbiyahlah diri kita menjadi sperti pokok tongkat Ali.Biar kecil,kerdil,kering,tetapi teguh akarnya dan menguatkan orang lain.Malah memberi manfaat kepada yang memerlukannya.Daripada benih yang baik akan keluar akar yang elok,Daripada usrah yang mantap akan lahir mujahid yang kuat.

Tarbiyah ini kita boleh mengelaskan kepada Tarbiah Ruhiyyah,Tarbiah Aqliyyah dan Tarbiyah Jasadiyyah.Untuk melahirkan dan menjadi pemimpin yang hebat,perlu ada ketiga-tiga ini didalam diri mereka.Seperti contoh sebagaimana Salahuddin al –Ayubi merampas kembali Palestin dan Sultan Mohamad al-Fateh menawan kota Kostantinopel.Kekuatan roh mereka dengan Allah,Kekuatan jasad berada di hadapan saf peperangan dan kekuatan akal merancang sehingga mendapat kemenangan.Bagi pejuang islam,tarbiyah merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.Kita tidak akan mendapat kemenangan selagi mana kesempurnaan tarbiyah tidak tercapai.

Kampus adalah titik mula medan tarbiyah sebagai bekalan diluar.Pimpinan wajib memimpin persatuan Islam mangatur,mengurus dan melaksana tarbiyah agar dapat membekal produk yang berkualiti kepada masyarakat kelak.Dan ahli wajib mengikuti segala yang dirancang oleh pimpinan.Usrah perlu dicatur dengan sistematik dan pengisiannya perlulah tersusun.Muqayyam dan kem perlu hikmah agar ukhuwah,pengorbanan dan daya tahan menguatkan lagi mental dan fizikal ahli.Ceramah umum,kuliah-kuliah perlu diadakan dan diikuti sabagai tambahan ilmu.Rehlah,kursus motivasi dan kepimpinan,mendaki,khidmat masyarakat ,ziarah kampus lain itu akan membuka minda ahli Persatuan Islam.Berorganisasi,merancang program,pilihanraya.Ini merupakan medan Siasah yang akan menajamkan lagi akal fikiran kita menjadi pemimpin yang bijaksana.Jangan dilupakan qiamullail,iftar,solat berjemaah,zikir mathurat,solat-solat sunat,tadarus al-quran,ziarah hospital dan kubur,muhasabah diri.Itu semua akan menguatkan roh kita kepada Allah.Cabaran kepada pimpinan untuk melaksanakan semua ini dalam jangkamasa yang singkat kepada ahlinya.Bukti terkini kita boleh mengambil contoh gerakan dunia ikhwan muslimin yang diasaskan as syahid Imam Hassan al –Banna.

Muktamirin Muktamirat sekalian

Ancaman terbesar bukanlah ancaman daripada pihak luar.Tetapi ancaman yang terbesar adalah ancaman diri kita sendiri.Iaitu ketiadaan kepercayaan (thiqah),akal fikiran,kesungguhan,pengorbanan,husnuzzan (bersangka baik),pengurusan masa dan kemalasan sebagai mahasiswa.Sebagai contoh,bagaimana hendak dijadikan contoh sekiranya hebat dilapangan tetapi lemah dalam akademik.Bukankah ini hanya akan menjadi fitnah kepada islam itu sendiri.Lemahnya dalam pengurusan masa,kekuatan akal dan kebijaksanaan menyebabkan kita terkandas dalam pelajaran.Akademik perlu diutamakan kerana ia akan menjadikan seorang yang dihormati dan kelak menjadi pejuang yang professional.Tetapi tidak dengan keutamaan akademik ini,kita membelakangkan gerak kerja islam.Kerana kampus adalah medan tarbiyah kita.Sebagai seorang mahasiswa,golongan intelektual,biar kita meletakkan keduanya selari diatas landasan utama.Bijak mengurus,mengatur strategi diri serta sentiasa mempunyai keazaman yang tinggi adalah kunci kejayaan mahasiswa kampus.Kita mahasiswa kampus adalah harapan masyarakat diluar.Kerana mereka amat-amat memerlukan mahasiswa-mahasiswa dari golongan professional / umara’.Dimana lahirnya golongan umara’ ini kalau bukan daripada kampus?Maka kita pembekal dan bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab ini.Kemenangan Hamas majoritinya adalah sumbangan daripada pejuang-pejuang umara’.Golongan doktor,professor,engineer,guru,arkitek,semua ini mereka hafiz quran dan faham kepada perjuangan menegakkan islam.Nabi s.a.w pernah berpesan,jika ada golongan umara’ yang memahami islam,naikkan dia sebagai pemimpin kamu sedang Ulama’ disampingnya.

Sahabat sahabiah sekalian,

Mari kita bedah diri kita,apakah dakwah kita ini benar-benar diterima masyarakat?Apakah perbuatan kita menyampaikan Islam ini benar-benar sampai kehati kawan-kawan kita?Adakah kita ini hanya ingin menyatakan kita bawa Islam tetapi kita tidak mengamalkan ajarannya?Cukupkah ilmu yang ada dalam diri kita ini untuk disampaikan kepada yang lain? Bagaimana pula dengan kefahaman kita kepada ilmu Islam,adakah kita sudah memahaminya?

Sasaran dakwah kita adalah manusia yang mempunyai pelbagai latarbelakang.Dan tujuan kita berdakwah adalah untuk memahamkan mereka tentang Islam sebenar dan bawa mereka bersama-sama dengan kita agar mereka faham sepertimana kita faham.Yang terpenting sekali dakwah kita ini biarlah berhikmah.Maksud hikmah disini adalah mereka boleh menerima kata-kata dan perbuatan kita.antara guna tangan,kata-kata atau perbuatan.Mari sama-sama kita wujudkan Persatuan kita disenangi masyarakat UNISEL.Sebagaimana Parti Keadilan Sejahtera (PKS) disenangi oleh masyarakat Indonesia.Mereka amat-amat menjaga kebajikan rakyat dan menegakkan keadilan bukan menghukum.Sebagaimana mereka berdakwah melalui muzik yang diterima sehingga ke Malaysia.Kita bukan penghukum,hendak menghukum seseorang itu kafir atau munafik.Tetapi kita adalah pembimbing dan penasihat.Orang melabel kita penghukum,perampas ,pemusnah,pemecah belah dan sebagainya.Tetapi pernahkah kita mendengar daripada mulut-mulut mereka kita ini adalah pembimbing?kita adalah penjaga kebajikan mereka?Rasulullah s.a.w diterima masyarakat kerana akhlak baginda.Kata-kata nabi s.a.w amat sedikit.Masyarakat ketika itu amatlah mengasihi nabi atas kerana perbuatan nabi,sehinggakan ada yang sanggup mematahkan giginya sendiri bila mendapat khabar berita gigi Nabi s.a.w patah ketika peperangan.

Suka saya ingin membaca surah Al-Lumazah,yang memberi pengajaran untuk kita bersama sebagai seorang manusia yang perlu berhati-hati dalam setiap percakapan yang kita ingin cakapkan.

Sahabat Sekalian,

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud,

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia,untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya,sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya

Muktamirin Muktamirat yang dikasihi Allah sekalian

Jauhilah daripada bercinta tanpa ikatan.Kerana ia akan hanya menghilangkan keberkatan kita dalam membawa Islam.Malah punca kejatuhan Organisasi Islam berpunca daripada kita sendiri.Berapa banyak organisasi lumpuh dan gugur kerana maksiat ini.Ada yang ahlinya menyimpan gambar dan video lucah,gambar telanjang kekasihnya.Malah kekasihnya itu sama ahli dalam organisasi tersebut.Ini memang tidak dinafikan juga dalam Organisasi Islam sendiri.Ada muslimat dalam organisasi Islam dalam kampus hebat lantang tetapi keluar bersama pasangan sehinggakan berpegang – pegangan tangan.Untuk mengelak daripada diketahui,muslimat sanggup membuka tudungnya.Malah sanggup juga mengatakan kepada rakan seperjuangan adik angkat atau abang angkat.Tidak lupa juga kepada muslimin .Nauzubillah semoga kita dijauhkan daripada semua ini.Organisasi Islam bangun kerana perbuatan jemaah,jatuh juga kerana perbuatan jemaah.Kerana nila setitik,habis rosak susu sebelanga.Jika kita tiada sumbangan dalam membangunkan Organisasi Islam,tetapi jangan sampai kita yang menjadi punca runtuhnya gerakan.

Dikesempatan ini kami pimpinan Persatuan i Rakan0910 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada TNC HEP,UNiT HEP,Pengerusi dan Jawatankuasa Muktamar kali ke 2,Petugas-Petugas dan semua pihak yang menjayakan Muktamar ini.Mudah –mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala disisi Allah s.w.t.

Akhir kalam saya ingin memetik beberapa maksud daripada ayat suci al-quran :

“sesungguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong (agamanya).Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”

“Allah pelindung orang-orang yang beriman.Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (iman)”

“Tetapi (ikutilah Allah),Allahlah pelindungmu dan Dia lah sebaik-baik penolong”

“Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah,Rasulnya dan orang-orang yang beriman ,yang mendirikan solat dan menunaikan zakat,seraya mereka tunduk (kepada Allah)”

“katakanlah,sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apay yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami.Dia lah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal”

Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.Orang orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.

Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan kerana sesungguhnya orang kafir itu tiada mempunyai pelindung.

Wallahualam….


Apabila dibebaskan Kota


Kostantinopel itu


Maka sebaik-baik Raja itulah


Rajanya,Sebaik-baik tentera


itulah tenteranya


0 comments:

Kalendar

About Me

My photo
Merupakan anak ke 7 drpd 11 orang adik beradik. "jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti". (Anfal:65)


Kata-Kata Hikmat


"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz.


"ALANG-ALANG BERJUANG ISLAM,BIAR SAMPAI KEMENANGAN ISLAM"


"KALU NAK JADI BERANI,KENO PEHE UNDANG2"


GAMIS

GAMIS

PUM

Pro Mahasiswa

Pro Mahasiswa

GMMA

GMMA

PMN

PMN

REAL

REAL

:: Tazkirah bersama Da'ie ::


"Golongan MUDA kaya dengan speed,
Golongan TUA kaya dengan pengalaman,
Maka kedua-duanya perlu bersatu untuk menghasilkan gerakan yang MAJU dan LAJU..."

5 Dugaan Orang Mukmin


1) Mu'min yang dengki padanya
2) Munafiq yang benci padanya
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya


Mujahid di tengah medan bagai singa mengganas,

Muhajir di dalam diri bagai seorang anak merintih sayu,
Mujaddid di tengah umat bagai pakar mengatur rencana,
Muttaqin menghadap Ilahi bagai hamba mendapat syurga.
Inilah jalan menuju bahagia.
3 AMALAN YANG MENGHAPUS DOSA:

1.Menyempurnakan wuduk

2. Memeperbanyakkan langkah ke masjid.
3. Menunggu waktu solat